August 28, 2011

MANUSIA vs HANTU

Kalu gua sebut HANTU.
gua gerenti asli seratus-peratus mesti lu orang bayang yang buruk-buruk jek.
Hatta perangai atau pun rupa.
ye dok?


Tapi.
Lu orang memang cap ayam bila lu orang stil tak sedar2..
manusia dengan hantu tak jauh sangat pun beza.
Sipi-sipi jek beza.
silap hari bulan tahun, sejibik je manusia ngan hantu.


ekzampel:


1. POCONG duk melompat ke hulur hilir,utara selatan akibat daripada kaki beliau diikat.
POCONG nih kene ikat bulan2 pose.


then.
MANUSIA melompat same hebat dengan beruk belaan Pak Jakpor bile mendengar muzik-muzik di kelab malam.
so. hipotesis gua dalam konteks nih.
Gua bertegas aci tak aci tak kira bahawa pocong melompat lagi sopan.
Atleast pocong tutup aurat bai.
berbungkus agak-agak kene penyek lori pun tak terburai.
yang melompat kat kelab malam?
haram jadah nak tutup aurat..haktuih!


2. LANGSUIR memang feveret die terbang ala-ala tarzan.
then.
ganggu budak-budak balik mengaji n orang kampung dengan suara suprano time malam2.
Gua berani fight.
Suprano langsuir lagi ummmpp dari Ning baizura. siyesli.
Gua sendiri takleh pandang beliau nih.gerun.


Hape beza ngan manusia?
tak lain tak bukan yang berbakat besar.
makin digilap makin gelap..MAT REMPIT
surely!
mat rempit leh ganti langsuir time langsuir da pencen nanti.
ekzos motor spesis nih malam2 da cukup nak mengganggu kehidupan orang laen.


3. TOYOL
graduate master untuk aktiviti mencuri.
Tapi beliau tak pernah menuduh manusia mencuri.


Tapi.
MANUSIA bila mencuri sesedap rasa tanpa rasa bersalah menuduh toyol yang mencuri.


Gua pun tak dapat terima hakikat kenapa dia xwane pink!


4. Untuk menambah darjah keseraman seekor hantu,
da jadi tabiat beliau menyimpan kuku panjang, rambut serabai dan taring.


Dan.
Gua seiklas hati, semurni pedal..
manusia yang berperangai seperti ini lebih berhantu dari hantu yang sebenar.


*nota kaki tangan: hantu raya tak pernah gatal-gatal membuat kueh raya.
pelesit tak pernah mempunyai kenderaan.


coming soon.
HANTU BONCENG.
gane gamok citernye yea?
mak jemah tak sabar da nak nengok!

0 comments: